Segalanya pasti mungkin..

Luahkan segalanya yang berkaitan dirimu..
Jangan bebankan dirimu dengan sesuatu yang mengasingkan.. Hidupkan dirimu..
Bila hati mula bersuara..
Segalanya memungkinkan diri untuk meneruskan kehidupan..

Sunday 23 October 2011

Cinta Tak Selalunya Indah..

Kadang- kadang terasa sunyi bila tak ada orang singgah di hati ini..
Kadang- kadang terasa rindu pada orang yang pernah kita cintai dulu..
Kadang- kadang terasa nak je undur balik waktu ni..
Kalau boleh nak bersama balik dengan orang tu..
Tapi, kadang- kadang patutu kita cari balik orang yang pernah sakitkan hati kita tu ??
Kadang- kadang kita rasa, kalau boleh kita nak selamatkan balik hubungan kita dengan dia dulu..
Kadang- kadang kita nak sangat cakap yang kita sayang dia untuk kali yang terakhir..
Kadang- kadang kita tunggu jugak kot kot dia mesej kita balik..
Kadang- kadang apa yang kita harapkan tu tak pernah jadi..
Kadang- kadang kita menyesal sangat kenapa laa kita pernah kenal dia..
Kadang- kadang kita rasa tak nak pun kenal dia..
Sebab dia kita benci, marah, geram, kesal kat dia..
Sebab dia jugak , kita rindu dan sayang pada dia..
Tapi, dia tak pernah tahu.. Penat kita tunggu dia..
Kita tak kisah.. Kita memang tetap nak tunggu dia jugak !
Kalaulah dia tahu..

Thursday 20 October 2011

Kerja ?:)

Cikgu kata umur 16 tahun dah boleh kerja.. Haa.. Cikgu macam dah bagi satu idea je kat aku.. Aku nak pergi kerja.. Hmm.. Tak kisah lah kat mana pun, janji halal.. Lagipun, aku dah aim satu benda je bila nak kerja ni,. Ingat nak kumpul duit poket dan nak simpan duit sikit dalam bank haji... Huhu.. nak kumpul duit nak bawa mak pergi haji.. Lagipun, aku rasa ada faedah jugak kalau aku kerja.. Sekurang- kurangnya boleh isi masa lapang aku time cuti hujung tahun ni.. Daripada aku duduk rumah, main, tengok tv, berFB 24 jam.. Tak ada faedah jugak.. Lagipun, aku ingat nak cari pengalaman dan cuba nak ringankan beban mak.. nak laa jugak merasa tolong mak beli barang dapur guna duit aku sendiri.. Harap- harap dapat la kerja tu.. Aminn.

Sunday 16 October 2011

SuperWomen..

Dulu, orang kat kawasan rumah aku selalu kata suara mak aku paling kuat.. Kalau ada pertandingan suara paling kuat, mesti menanglah mak aku.. Waktu kecik kecik dulu, kalau pergi main dengan kawan kawan, masuk je waktu makan atau maghrib,dengarlah suara mak aku tu.. Bila dengar je, semua orang dah tahu, akibat yang sangat tidak baik laa.. Kalau tak kena bebel, mesti kena laa apa apa yang berkenaan dan sejenis dengannya.. Tapi, yela, kalau dah nakal tu, nakal jugak, mak cakap macam paham tapi kenyataan.. Boleh berkhayal pulak.. Pernah sekali tu, aku main main dengan kakak aku.. Tiba- tiba apa tah yang buatkan aku geram kat dia, aku tolak dia jatuh ke dalam parit depan rumah.. Mak pun apa lagi.. Kena la kaw kaw.. Tapi, sebanyak mana mak marah, kalau diikutkan dari 100% tu, cuma 15% je yang masuk telinga tak keluar keluar.. Waktu sekolah rendah, lagi aku nakal.. Aku ni bengap math sikit.. Jadi, bila exam je mesti kantoi.. Tiap kali bagi buku rekod pencapaian kat mak nak suruh tandatangan, mesti cubitan dia hinggap laa kat aku.. Sakit juga tapi tetap tak serik serik.. Walau segarang mana mak aku, aku tetap sayang.. Kadang kadang mak aku ni kasar gak bahasa dengan aku tapi, aku tak kisah.. Aku anggap macam perkara biasa.. Perkara yang paling aku suka dengan mak ni adalah masakan dia.. Fuhh ! Kesahihan masakan dia emang terbukti kesedapannya sebab sedara mara aku pun kalau balik kampung, mesti suruh mak aku masak.. Aku sebagai anak dia pun, tak reti jugak masak.. Tapi masak nasi tu lepas lah.. Walau macam mana pun, aku sentiasa di belakang mak kalau kat mana mana.. Aku tak pernah harap mak anggap aku sebagai anak kesayangan dia.. Aku cuma nak dia tahu yang aku sentiasa bersama dia.. Memang sekarang aku tak boleh buktikan kasih sayang aku, tapi aku janji pada diri aku, aku nak buat mak bahagia satu hari nanti.. Itu janji aku.. Buat mak..

Saturday 15 October 2011

Pasal kawan..

hari di sekolah adalah hari yang paling aku nantikan.. aku rasa ceria dan gembira bersama kawan kawan aku. mereka semua ibarat kakak aku.. sering menasihati aku juga memarahi aku. tapi aku tak kisah.. walau gila gila gaduh sekalipun, yang dicari adalah kawan.. jangan sisihkan kawan.. sesusah mana kawan tu, kita yang perlu tolong.. nanti kita susah, dialah yang tolong kita.. Farah ain, Aisyah n budak asrama semua kawan aku.. aku sayang korang.. ecah, walau aku sadung kaki ko sampai nak terjatuh, ko boleh lagi gelak ketawa dan bukan marah ?? memang pelik. tapi, nanti aku buat lagi ok.. Farah.. walaupon ko dah pindah, aku selalu visit wall kau kat facebook tau.. jangan risau, tiada siapa yang dapat gantikan posisi kau sebagai sahabat teristimewa dalam hati aku..Nab n baya.. urgghh.. suka membebel kat aku mengalahkan mak aku sendiri... tapi bebelan tu la yang aku selalu rindukan kalau korang tak ada.. imaginasi kita bina bersama.. pergi universiti nanti sama sama.. naik skuter sejenis je.. then ade laa pulak pakwe pakwe hensem datang naik motor gak.. waahhh.. aku takkan lupa imaginasi sengal tu smpai bila bila tau !! nak jadi penulis novel dan dalam pada masa yang sama jugak sebagai chef terkenal.. itu impian aku.. terima kasih kat korang sebab sokong aku.. korang selalu dengki kt  aku bila aku dapat result exam tinggi. maaf laa.. aku pon tak sangka.. tapi, aku nak korang tau yang aku cuma nak korang yakin bahawa aku boleh.. terima kasih kawan.. kawan sejati yang takkan aku lupakan. 1RK,2RK,3MAGENTA (08-10).. wlau sekarang kita berbeza tapi, hanya satu yang tidak membezakan kita semua.. masih tersenyum apabila terkenang peristiwa lama...

Abah..

setiap hari aku merenung ke langit.. mengingati kenangan aku bersama abah.. tak pernah sedetik pun aku lupakan.. kenangan indah aku bersama orang yang paling aku sayang.. SUPERHEROKU !! pelukan serta belaian manja dia masih segar dalam ingatan.. dulu, abah selalu pesan sebelum pergi ke sekolah.. "adik, belajar baik- baik, dengar cakap mak, cakap cikgu. nanti kalau adik dah berjaya kan abah jugak yang senang. haha." walau dia ketawa tapi aku tahu yang dia menasihatiku dengan penuh makna yang tersirat.. aku berjanji tak nak kecewakan abah.. abah selalu bawa aku dengan mak jalan- jalan.. paling aku ingat abah suka bawa aku jalan-jalan waktu malam.. katanya tengok cahaya lampu kat pekan.. bagi aku, cahaya yang menyinari dalam diri abah lebih terang dari lampu tu.. setiap kali singgah kat kedai makan, abah tak pernah lupa pesankan air milo untuk aku.. perkara wajib dalam diri aku yang abah tau.. kalau pergi jalan jauh pulak, abah suka tegur orang. katanya kenal tapi macam tak.. tapi abah tetap suka tegur orang.. abah ni peramah.. aku pon failed ! tak reti nak menegur walaupon kenal.. tapi banyak sifat abah yang sukar untuk aku contohi.. abah kuat bekerja lagi-lagi bila ke kebun dia.. sampai lupa nak balik.  sampai sebenarnya dia sakit pon orang tak tahu. abah suka merahsiakan masalah dia.. hanya mak je yang tau.. sampai satu hari, dia sakit teruk, tak larat bangun dari katil, barulah aku dan adik beradik yang lain tau.. bila disuruh ke hospital tak nak. akhirnya, pergi juga sebab terlalu teruk. itupun, abah kata jangan bagitau sesiapa tentang dia asuk hospital. biarlah sekadar kai sekeluarga yang tahu.. sampailah satu hari, jiran sebelah rumah pelik kenapa aku sekeluarga jarang ada kat rumah dan kelibat abah pun tak kelihatan. lastly, jiran pun dapat tau.. sejak hari tu, ramai yang datang jenguk abah.. sakit abah pun semakin teruk. satu hari, abah terpaksa dipindahkan ke hospital Ipoh.. nak tak nak mak kena setuju demi nak cari doktor pakar kat sana. setiap hari pun, balik je sekolah, tak sempat tukar baju terus pergi Ipoh. nak mandi, makan tunggu sampai kat sana.. aku tengok, hari demi hari, badan abah makin lemah sampai tak larat nak bercakap dah.. badan abah yang berisi dulu pon dah tinggal tulang je. dekat 5x pembedahan dah. satu hari, abah minta mak buat rayuan pada doktor untuk balik ke rumah.. rayuan tu pun disahkan. alhadulillah, sejak hari abah sampai kat rumah, abah mula bersemangat.. tapi, semua tu takkan berkekalan. lepas 2 minggu, abah sakit balik. badan abah lemah.. kitorang semua cemas, terus telefon ambulans. abah kena tahan kat ICU. doktor kata, nafas abah terlalu laju dan tak stabil. hari tu, kitorang tak balik rumah pun, semua duduk kat sisi abah, bagi semangat.. esoknya, sera mara datang.. dah macam ada kenduri. ramai sangat.. sampai mak pun tak larat nak layan.. bila semua dah balik, baru kitorang lega.. malam tu pun, doktor kata keadaan abah dah stabil.. kitorang syukur sangat. sebelum aku dan mak nak balik, abah ada minta makan dan minum. tapi doktor tak benarkan abah makan lagi. so, mak cuma bagi abah minum. lega hati tengok keadaan abah. aku cium dahi abah sebelum balik sebab keesokan harinya aku kena balik asrama. tiba- tiba abah pesan kat aku, jaga diri, jangan lupa solat dan paling penting jaga mak.. aku rasa tak selesa dengan keadaan tu. aku minta kat mak untuk teman abang aku jaga abah malam tu. tapi, mak kata aku kena balik juga sebab nanti aku penat..sampai je kitorang kat rumah, baru aku nak baring tidur, kakak aku dapat call dari abang aku kata abah tenat sangat. kitorang kelma kabut. dalam kereta sekali lagi abang call kata abah dah tak ada.. kakak aku pecut kereta laju- laju.. biarlah kena saman sekalipun janji kitorang sampai kat hospital cepat. tapi, benarlah kata hati aku, itu adalah pesanan terakhir abah. suasana suram. segalanya bagai dah tak ada makna lagi untuk aku..Namun hati harus tabah. pesanan abah takkan ku lupakan sampai sekarang. aku perlu jaga mak ! aku tak nak apa yang berlaku pada abah, terjadi pada mak. sekurang- kurangnya aku nak sampaikan hajat aku bawa mak ke Mekah.. yang tinggal sekarang hanya kenangan yang takkan aku lupakan. segalanya masih segar dalam ingatan..

Friday 14 October 2011

Bila Kau Pergi..

Di malam yang hening..
Angin meniup lembut muka ku..
Titisan air mata berjurai..
Tidak terhenti lagi..
Lututku lemah sehingga diriku terkulai jatuh ke tanah..
Terlihat sekujur tubuh kaku di hadapanku..
Diiringi doa juga keluarga..
Tubuh tadi dimandikan serta dikafankan..
Segalanya telah berakhir..
Tiada lagi gelak tawa mu yang bisa ku dengar..
Tiada lagi keriangan di hatiku..
Kau pergi meninggalkanku..
Buat selamanya..
Saat ini teringatku akan kucupan terakhirmu buatku..
Pesananmu masih segar di ingatanku..
Bagaikan masa telah terhenti seketika..
Bibirku tidak mampu mengucapkan kata- kata lagi..
Kau telah pergi meninggalkanku..
Wahai ayah..
Dengarlah luahan hati anakmu ini..
Walau kau tiada di sisi lagi..
Kehidupan ini tetap harus ku teruskan..
Setiap pesananmu akan ku jadikan pedoman hidupku..
Setiap hari, setiap detik dan setiap saat..
Doa ku utuskan buatmu..
Duhai Ayah..
Tubuhmu kulihat dikambus tanah..
Yasin dan talkin diaminkan..
Tujuh langkah berlalu pergi..
Kau ku tinggal sendiri..
Semoga rohmu tenang dan aman di sana nanti..

Tiada Pengganti

Setiap kali melihat insan lain bergembira bersama keluarga..
Aku di sini merasa duka..
Terasa kesal di dalam diri ini..
Mengapa terlalu awal kau pergi..
Masihku terasa hangat tanganmu membelaiku..
Wahai Ayah..
Sehingga kini masih tiada penggantimu..
Tiada yang bisa !!

Teringatku pada senyuman di wajah tuamu..
Titis- titis peluh mengalir tidak kau endahkan..

Apa yang kau harapkan cuma anak- anakmu berjaya..
Penat dan sakit tidak kau hiraukan demi mencapai keinginan anak- anakmu..
Terima kasih Ayah..
Di atas segala jasamu..
Namun.. Kini segalanya telah berakhir..
Kau pergi meninggalkanku..
Jika aku punya satu peluang lagi..
Aku ingin memeluk tubuhmu..
Aku ingin mengucup keningmu..
Walau semua ini hanyalah mimipi..
Ayah..

Thursday 13 October 2011

Masihkah ada ruang Untukku Dihatimu..

Pabila aku bersendirian.. sentiasa terbayang wajahmu..
Mungkinkah aku merinduimu ??
Masih aku bertanya pada diriku.. Mengapa masih mengingatimu sedangkan kau jua yang menolak cintaku dahulu..
Jika ditakdirkan aku bertemu mu sekali lagi.. Ingin kau katakan yang aku masih mencintai dirimu..
Saat terakhir kali aku melihat wajahmu.. Tidak ku lupakan betapa mesranya kita berdua saat akhir cintamu padaku..

Aku merinduimu sayang..
Jika berkesempatan.. Aku ingin mengucapkan Aku Cinta Kamu..
yang terakhir kali sebelum pemergianku..

Jikalau kau tahu..

Followers