Segalanya pasti mungkin..

Luahkan segalanya yang berkaitan dirimu..
Jangan bebankan dirimu dengan sesuatu yang mengasingkan.. Hidupkan dirimu..
Bila hati mula bersuara..
Segalanya memungkinkan diri untuk meneruskan kehidupan..

Friday 18 November 2011

Mak aku kate aku ada satu hobi pelik iaitu bercakap dengan kucing. Memang aku selalu cakap dengan kucing kalau ada kucing datang dekat dengan aku. Huhu. Kucing tu comel sangat sebab tu aku suka tanya dia kenapa dia terlalu comel~

Kawan aku pulak kate aku suka berangan. Kalau dia bercakap dengan aku, die kena sebut nama aku baru aku tahu yang sebenarnya dia bercakap dengan aku. Aku selalu kena marah dengan kawan aku sebab aku tak hiraukan apa yang dia cakap. Dah tu, mana la aku tahu yang dia bercakap dengan aku.

Sape tah kate aku ni kuat berimaginasi. Haa. Yang ni mungkin betul sebab aku memang suka berimaginasi lagi lagi tentang dunia masa depan. Wow! Best giler! Cuba la!

Apa yang aku perasan tentang diri aku :: aku ni suka bercakap sorang sorang. Fuhh! Bahaya! Nanti orang kate aku giler! Jadi, aku buat keputusan untuk cuba mengelakkan dari bercakap sorang sorang terutama sekali bila aku naik motor atau main basikal.

Sebenarnya banyak lagi tabiat aku yang agak buruk ni. Hahai~ Kadang kadang perkara macam ni kita tak perasan sendiri, tapi orang perasan tentang diri kita. Jadi, hati hati bila buat sesuatu perkara kerana ada yang memerhati~

Sunday 6 November 2011

Inilah yang dikatakan kehidupan mimpi..

Pertama kali aku dimasukkan kat kelas 4Tekun, aku ingat aku ni terlalu bodoh sebab diletakkan disebuah kelas yang memang 'Low Standard'. Waktu tu aku rasa malu dengan kawan kawan di sekeliling. Yelah, sebelum ni pun aku duduk kat kelas atas. Waktu tu, nak pandang muka kawan pun macam uurrgh..
Cikgu aku pun macam pelik kenapa aku boleh duduk kat kelas tu. Tapi, aku cuma diam. Terasa macam diabaikan pun ada. Yelah, kawan kawan yang lain semuanya duduk kelas atas, jumpa pun tak. Aku rasa waktu tu macam diorang semua tak nak kawan aku dah. Aku rasa terpinggir. Sampai la satu saat aku buktikan kebolehan aku dengan mencantas kedudukan diorang dalam senarai peperiksaan. Tapi, aku tak sangka waktu tu ada yang busuk hati. Nama aku diburuk-burukkan sampai orang benci aku. Apa boleh aku buat? Diam dan berdoa. Tapi, nasib aku masih ada kawan dalam kelas yang sentiasa menyokong aku dalam apa jua keadaan. Waktu tu baru aku sedar, betapa bertuahnya aku diletakkan dalam kelas tu.
Kitorang macam keluarga. Sentiasa bekerjasama walaupun masih ada luka terpahat di hati. Guru kelas Cik Nora, kitorang anggap macam mak kitorang. Sentiasa menegur kesalahan, mengukir senyuman di bibir kami. Kalau ada kesilapan, kitorang tak bergaduh tapi berbincang.

Sekarang, hampir setahun aku bersama kawan kawan di kelas tu, baru aku sedar sebenar-benarnya sedar yang tak semua orang bijak pandai menilai kelebihan orang lain, dan tak semua orang bodoh ni sentiasa menunjukkan kebodohannya dalam semua perkara.
Walaupun orang selalu merendah-rendahkan kedudukan aku bila berada kat kelas tu, tapi aku tak kisah sebab diorang tak tahu betapa gembira berada dalam kelas tu. Kelas yang aku ibaratkan sebagai Dunia Impian aku. Kadang sedih. kadang gembira, kadang senyum, kadang berduka. Tapi, yang pasti akan kami redahi bersama.

Saturday 5 November 2011

Sekian lama menyepi~

Sudah sekian lama aku menyepikan diri. kawan-kawan selalu tanya bila nak update blog ni. Aku cuma senyum.Tak sangka walaupun tak ada followers, tapi dalam diam banyak jugak. baguslah. Tapi yang pelik kenapa la diorang tak daftar jadi pengikut aku? Macam-macam la. esok dah hari raya haji.semalam sebelum balik sekolah ustazah ada bagi ceramah tentang korban.Teringat kisah Nabi Ibrahim menyembelih anaknya Nabi Ismail. Tapi, rupanya ada lagi satu kisah tentang anak Nabi adam Habil dan Qabil. Seronok bila dapat dengar cerita pengajaran macam tu.

Seharian aku tolong mak kemas rumah.Tapi sebenarnya tanpa mak sedar, aku tidur. Dah tengahari baru aku sambung balik kerja aku, akhirnya siap. Terasa sunyi bila abah tak ada. Setiap kali perayaan macam ni aku mesti terkenang arwah abah. Rindu. Tapi kerinduan tu aku sembunyikan. Bukan kerana malu tapi tak mahu orang lain pun sedih.

Abang aku balik, kakak aku pun balik. Saudara-mara berjanji nak datang esok hari. Alhamdulillah tahun ni kami sekeluarga beraya dengan meriah sedikit.Makanan pun mak masak banyak la jugak. Sedap sampai tak sabar nak tunggu hari raya. Malam raya dah melantak depan TV sambil tengok cerita kartun.

Tahun ni kat kampung tak ada korban. Tapi kampung sebelah ada. So,merayap la kejap ke kampung sebelah semata-mata nak tengok orang buat Korban. Walaupun sedih bila tengok lembu tu, tapi tahan la jugak. Nak buat macam mana, orang kata kalau kita kesian kat binatang yang kena sembelih nanti daging tu jatuh haram. Nanti tak dapat makan daging pulak.So, jangan nangis pulak tengok lembu kena sembelih.

Esok pagi-pagi nak ke KL jumpa kakak aku. Jadi, pagi raya tak ada kat rumah. TApi malam ada. Semoga raya tahun ni diberkati Allah SWT. Inilah masanya untuk aku dan keluarga nak berkumpul semula bertemu mesra. Aminn.

Thursday 3 November 2011

Jangan Mengeluh Lagi:)

·         JANGAN MENGELUH :

Kita selalu bertanya dan Al-Quran sudah jawapannya..

KITA BERTANYA :
Kenapa aku di uji ?

QURAN MENJAWAB :
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA :
Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan ?

QURAN MENJAWAB :
"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedangkamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA :
Kenapa ujian seberat ini ?

QURAN MENJAWAB :
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA :
Kenapa rasa kecewa ?

QURAN MENJAWAB :
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA :
Bagaimana harus aku menghadapinya ?

QURAN MENJAWAB :
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA :
Apa yang aku dapat daripada semua ini ?

QURAN MENJAWAB :
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka… ?
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA :
Kepada siapa aku berharap ?

QURAN MENJAWAB :
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA :
Aku tidak dapat tahan !!!!!!

QURAN MENJAWAB:
"… ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12

Kalau sahabat nak mengeluh lagi, jom gi ngaji..
 
 
 
 

Followers